Other languages Selection 我要阅读华文版 什么是飞钓?初学者和经验丰富的钓手的全面指南 I want to read in English What is Fly Fishing? A Comprehensive Guide for Beginners and Seasoned Anglers Apa itu Pancing Fly? Panduan Lengkap untuk Pemula dan Pencinta Pancing Berpengalaman Dalam dunia pancing, wujud seni yang melampaui sekadar sukan, satu teknik yang menyatukan finesse, ketepatan dan kesabaran dengan kepuasan. Seni menarik ini dikenali sebagai pancing layang, satu teknik yang menarik minat pencinta pancing di seluruh dunia, menawarkan pengalaman unik dan memuaskan untuk pemula dan pemancing layang yang berpengalaman. Dalam panduan komprehensif ini, kita akan bincang tentang pancing fly, meneroka asal-usul, teknik, dan peralatan yang diperlukan untuk bermulacara mancing ini. Pemahaman Pancing Fly: Berbeza dengan cara tradisional baitcasting, spinning ataupun jigging yang menggunakan berat gewang ataupun umpan untuk cast, pancing layangbergantung pada berat tali fly untuk membawa fly ringan (biasanya meniru serangga atau ikan) ke sasaran. Teknik ini memerlukan kemahiran dan teknik yang tertentu untuk cast dan menyampaikan gewang fly dengan cara yang menyelaraskan dengan persekitaran sekitar. Pancing layang juga mencabar pemahaman pemancing tentang ekosistem akuatik yang banyak dianggap mencabar dan memuaskan. Asas Pancing Fly: Bagi pemula yang bersemangat untuk memulakan perjalanan menarik ini, langkah pertama adalah mendapatkan peralatan asas. Sebatang joran fly, joran khas yang direka untuk pancing fly. Digabungkan dengan reel, yang menguruskan tali, dan tali fly, tali yang mempunyai keberatan yang boleh cast gewang fly. Joran Fly: Joran fly direka khas untuk melempar tali fly dan gewang fly. Biasanya pangjang joran fly tu 9 kaki dan 4 pieces. Berbeza dengan penarafan biasa lb atau PE pada joran yang menunjukkan kekuatan joran, joran fly menggunakan ‘weight atau wt’ sebagai penarafan mereka. Bermula dari wt0-14 dan panduan mudah untuk memahaminya adalah seperti berikut: Wt0-2: UL (Memancing di sungai kecil: Tengas, Sikang, Seluang, Puyu, Lampam)Wt3-4: L (Memancing di sungai besar: Tengas, Sikang, Seluang, Puyu, Lampam, Jelawat)Wt5-6: M (All-rounder di air tawar: Ikan Raja(Peacock Bass), Sebarau, Empurau, Pacu)Wt7-8: MH (Permainan air laut atau ikan predator kecil: Dorado, Toman, Cobia, Ikan Susu(Milkfish), Ladyfish, Catfish)Wt9-14: H (Air laut atau ikan predator besar: GT, Toman (Giant Snakehead), Ikan layaran(Sailfish) Jadi pilih joran berdasarkan jenis memancing yang anda rancang lakukan – lebih ringan untuk sungai kecil, lebih berat untuk sungai besar atau laut. Kadang-kadang saiz fly yang anda gunakan juga menjadi faktor pertimbangan. Fly Reel: Fly reel direka untuk menyimpan tali fly dan menyediakan tarikan apabila diperlukan. Ia juga datang dengan rating ‘weight atau wt’ sebagai gantinya penarafan carta normal seperti 1000-20000 (spinner) atau 15hg atau 1501 (joran jigging). Fly Line, Tali Fly: Kerana tali fly bertanggungjawab untuk melempar fly yang sangat ringan, ia merupakan salah satu peralatan yang paling penting untuk dilaburkan ketika bermula fly. Tali fly ada pelbagai berat dan reka bentuk, sepadan dengan joran fly dan reel (wt0-14). Secara umumnya ada: Tali fly terapung (digunakan secara meluas di Malaysia untuk kebanyakan spesies) Tali fly sederhana tenggelam/terapung (jarang digunakan di Malaysia) Tali fly tenggelam (digunakan secara meluas di Malaysia untuk ikan bottom) Terdapat juga banyak reka bentuk tali fly dengan kegunaan yang lebih istimawa, topik ini akan dibincangkan dalam artikel lain. Fly: Fly biasanya meniru serangga, ikan umpan, atau mangsa lain. Oleh itu memahami kehidupan serangga tempatan dan ikan akan membantu dalammengikat dan memilih fly yang betul. Salah satu aspek penting di pancing layang terletak pada seni mengikat fly. Proses tying ini menggunakan bahan-bahan sintetik ataupun semula jadiuntuk membuat fly yang meniru mangsa semula jadi. Kemahiran ini memerlukan kreativiti, kecekapan, dan mata yang tajam untuk memastikan keberkesanan fly. Yang paling penting keseronokan apabila fly yang diikat sendiri dapat menipu ikan yang bijak. Leader dan Tippet: Seperti baitcasting, jigging dan spinning, pancing layang juga perlu leader dan tippet. Tetapi dalam pancing layang, tapered leader akan digunakan untuk memastikan fly dapat dihantar dengan lebih efektik dan natural. Leader yang digunakan untuk menyambung fly line adalah monofilamen atau fluorokarbon dan tippet pula akan digunakan untuk menghubungkan leader dan fly. Aksesori Lain: Aksesori termasuk kotak fly, gunting, plier, dan jaring. Selain daripada aksesori ini, barang-brang lain boleh dilaburkan kemudian bergantung pada kegunaan sendiri. Sebelum bermula, yang paling penting tu cari otai-otai yang boleh mengajar teknik dengan betul, bila bermula dengan cara casting yang salah, maka tabiat buruk akan menjadi biasa dan akan membuatkan casting tak jauh dan letih. Lebih teruk, anda mungkin akan mencederakan diri sendiri dan orang lain. Jadi pastikan mencari sifu-sifu yang betul. Di Malaysia, anda boleh mencari Casting Instructor yang disahkan oleh FFI (Fly Fishing international). Anda boleh mencari mereka melalui persatuan persatuan pancing layang Malaysia ataupun melalui kami, FlyTieCast, kami ada 3 Casting instructors yang active dalam pengajaran dan juga memancing. Teknik untuk Pemula: Dasar-dasar Casting: Teknik-teknik asas: pick up & lay down, cast overhead, roll cast, dan false cast. Berlatih di kawasan terbuka sebelum ke air. Membaca Air: Memahami cara membaca air untuk lokasi ikan yang berpotensi. Cari struktur, arus, dan ciri bawah air. Cara set hook: Cara set hook dengan set pancing layang akan berbeza dan ia bergantung kepada species ikan yang anda target. Kesabaran dan Pemerhatian: Pancing layang memerlukan kesabaran. Perhatikan air dan memahami tingkah laku ikan. Untuk Pemancing Berpengalaman: Teknik Casting Lanjutan: Terokai teknik seperti: double hauling, reach casting, dan kaedah casting lanjutan lain. Mengikat fly: Kuasai seni membuat fly sendiri. Ia menambah sentuhan peribadi pada pengalaman memancing anda. Menyesuaikan Diri dan Mencabarkan Diri dengan Persekitaran yang Berbeza: Sesuaikan teknik anda berdasarkan jenis air, keadaan cuaca, dan spesies ikan tertentu yang anda sasarkan. Kesimpulan: Pancing layang bukan sekadar kaedah menangkap ikan; ia adalah pengalaman holistik yang menghubungkan pemancing dengan alam secara mendalam. Sama ada anda seorang pemula atau pemancing berpengalaman, seni pancing layang menawarkan potensi tanpa henti untuk penerokaan, pembelajaran, dan momen indah sepanjang hayat di atas air. Jadi, ambil rod dan reel dan selami diri dalam pengejaran pancing layang yang abadi. Pengembaraan menantikan!